hanya Kau
11:21 PM | Author: budakselangor~
Di kala hati ini sedih
kerana menginginkan dan mengharapkan sesuatu
hanya Kau yang mampu mengubati hati ku

Kau sentiasa membantu aku
Tetapi aku sering melupakan kehadiran Kau 
di sisi ku walaupun aku mengetahuinya
Kau menghulurkan pertolongan
Walaupun diriku ini dalam keadaan kesusahan 
mahupun kesenangan

Aku memang sombong
Di kala aku dilanda kesusahan
Ketika itulah aku merujuk Kau
Ketika itulah aku menyedari kehadiran Kau
Walaupun Kau menyedari akan kelemahan ku
Kau tetap setia membantu ku

Jika mahu dibandingkan aku dengan Kau
Kau jauh lebih hebat daripadaku
Kau mampu memberi Musa kelebihan
membelah laut dengan hanya menggunakan tongkat
Kau mampu membantu Muhammad dengan 
keindahan al-qur'an
Tetapi aku tetap sombong
Aku sering melupakan Kau yang telah banyak membantu ku
Aku sering menyalahkan Kau jika terjadinya sesuatu 
yang aku tidak mahu ia berlaku

Aku memang sombong
Aku sering leka dengan dunia yang Kau ciptakan
Sehinggakan ia boleh menjauhkan aku dengan Kau

Kaulah penciptaku
Kaulah pencipta sekelian makhluk
Kaulah pencipta seluruh alam
Tetapi aku selalu melupakan Kau

Kau ampunilah dosa-dosaku
Kau jadikanlah aku ini seorang hamba yang 
sering mendekatkan diri kepada Kau
Kau peliharalah aku sepertimana Kau
memelihara kekasih Kau dari ancaman musuh
terutama syaitan
Ya Allah....
Diri ini milikmu ya Allah
Kau memiliki hati ini...

nasi lemak
6:41 PM | Author: budakselangor~

Alhamdulillah rasa enak di perut apabila sudah selesai menjamah sarapan pada pagi itu...hari itu ana bersarapan di luar bersama kawan...masa tu..poket penuh sikit..boleh laa makan banyak sikit...hehe...pagi itu..ana makan nasi lemak lauk ayam+telur dan minum air teh tarik...ada laa dalam rm4.50 habis...nasi lemak memang menjadi makanan yg disukai ramai...

                                           

Majoriti rakyat Malaysia cukup meminati nasi lemak...walaupun mereka barangkali sudah menyedari bahawa nasi lemak ni banyak kolesterol..nanti boleh cepat gemuk...tetapi disebabkan nafsu yang sering menghias pandangan manusia...mereka tetap menikmatinya..

Di sini ana bukan nak cerita tentang nasi lemak...terdapat satu perkaitan di antara nasi lemak dan manusia..

Nasi lemak boleh dikaitkan dengan dosa...seperti yang KITA SEMUA lihat..perbuatan dosa berleluasa...ana tidak mengecualikan diri ana...setiap orang pasti melakukan dosa tanpa disedari..tetapi...kadang-kadang manusia sudah mengetahui dan menyedari bahawa sesuatu itu adalah dosa...tetapi disebabkan nafsu yang sering menghias dosa  tersebut..manusia tetap melakukannya...dosa merupakan penghalang paling besar daripada kita mendekatkan diri kita kepada Allah...apatah lagi untuk membantu seseorang dalam perjalanan tarbiyah...sejauh mana kita berusaha untuk mencegahnya dan menghalangnya...ia terpulang kepada kita...dosa ada banyak..memang kita tidak dapat menjauhi daripada dosa kerana dosa ada yang kecil dan ada yang besar...

Tetapi setiap dosa pasti ada pengampunan..kerana Allah itu Maha Pengampun...pengampunan Allah melebihi murkaNya...Allah amat menyukai hamba-hamba yang sering meminta ampun kepadaNya...insyaallah dengan usaha kita mendekatkan diri kita kepada Allah...lebih banyak kita mendekatkan diri kita kepada Allah...lebih dekat Allah dengan kita..

:Allah berfirman :

Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.

Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.

Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.

Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tgh khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.

Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.

Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

Hadith Qudsi (hadith yang dilafazkan oleh nabi tetapi mengandungi firman Allah) riwayat al-Bukhari


Insyaallah...segala yang baik datang daripadaNya..segala yang buruk semestinya datang daripada di ana sendiri...Wallahu 'alam..

Wassalam


(segala pertanyaan atau segala perasaan tidak puas hati..boleh kemukakan...)
cuti
10:09 PM | Author: budakselangor~
'Wah seronoknya cuti...!!!'....itulah kata-kata yang mungkin pernah disebut atau didengari oleh mana-mana manusia pon.....bila tengok balik cuti nihh...bukannya best sangat...dok umah tetiap hari..bangun-bangun tengok tv sama..bangun-bangun duduk rumah gak..hhhmm....

'Tak sabar nak cuti....dah laa 2 bulan...'..lain pula lafaznya...kebanyakan orang seronok untuk menghadapi cuti..macam-macam plan dan agenda nak dilakukan...bagi mereka cuti ini merupakan waktu untuk menghabiskan dengan melepak..keluar bersama kawan...dan lain-lain...

'Ppeeeerrgghh....cuti lama nihh..2 bulan...bahaya..boleh mati!!'....aik..??lagi pelik bunyi nii...cuti boleh mati...???apa matinya...??mati terkubur...??ke mati hati...??

Assalamualaikum w.b.t....bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberi keizinan dan peluang untuk ana mencoret kembali perkongsian yang sudah lama ana tinggalkan...seperti yang kita sudah sama-sama baca luahan beberapa manusia atau insan bagi menghadapi cuti yang sudah menjelang...

Masing-masing akan menghadapi cuti....masing-masing mempunyai agenda bagi memenuhi ruang-ruang masa di rumah ketika cuti...ada yang sibuk degan keluar bersama kawan..ada yang sibuk merancang kehidupan supaya tidak jatuh atau mati ketika cuti...

Lain juga bagi anda...adakah anda sudah merancang kehidupan ketika cuti...??adakah anda sudah mempunyai rancangan ketika cuti...??ketika cuti hanya tinggal diri kita..tiada yang lain..kawan-kawan...apatah lagi guru...hanya sekadar bimbingan daripada diri kita...jadi rancanglah kehidupan anda ketika di rumah..baru seronok cuti..tapi ingat...segala perancangan di rumah berkait dengan diri anda..fikirlah sama ada ia lebih mendatangkan manfaat atau hanya keseronokan...fikirkanlah...

wassalam...
TERSIRAT disebalik TERSURAT
9:03 PM | Author: budakselangor~
Salam ya ikhwati.....alhamdulillah segala kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana memcetuskan idea bagi menambah post untuk blog tercinta....tidak lupa juga selawat dan salam dipanjatkan untuk baginda Rasulullah s.a.w kerana menyebarluaskan agama yang diredhai Allah s.w.t...

Ehem2..insyaallah kali ini ana ingin mengongsikan cetusan yang tercetus di minda ana....ia berkaitan dengan Aidilfitri yang bakal menjelang dan Ramadhan yang bakal pergi....

Hhmmm....sebagai satu adat,kita sebagai seorang Islam yang berbangsa Melayu kebiasaannya akan meminta maaf sesama Muslim yang lain ketika Aidilfitri menjelang tidak terkecuali bagi ana...satu persolan...kenapa time raya baru nak menghidupkan suasana meminta maaf sedangkan ana ada mendengar satu kuliah,penceramah time tu cakap 'nak masuk Ramadhan ni,kita perlu bersihkan diri kita dari segala dosa supaya time Ramadhan kita betul-betul bersedia'... seperti itulah yang diperkatakan oleh penceramah time tu..(kalo x silap)...so,apa yang ana dapat simpulkan,bila nak masuk Ramadhan kenalah kita cepat-cepat bersihkan diri kita dari segala dosa termasuklah melukakan hati kawan-kawan... seperti dalam hadis;

'alangkah kecewanya orang yang sejak tiba bulan
Ramadhan hingga habis bulan tidak diberi keampunan'

(x silap hadis....)Tapi apa yang diamalkan ialah time Ramadhan tiada pula suasana meminta maaf sesama Muslim....satu persoalan yang sering berlegar di minda ana keberangkalian...bila difikirkan semula,ana pun baru menyedari keadaan ini sebenarnya,kira ana pun buat....tapi kita semua tahu bahawa amalan meminta maaf sangat dituntut dalam agama Islam sendiri...kerana ia merupakan amalan yang sangat mulia...tetapi tidak bermakna kita tidak boleh menghidupkan suasana meminta maaf ketika Aidilfitri....mungkin sampai di sini sahaja satu perkongsian yang boleh ana kongsikan...segala kebaikan pasti datang daripada Allah yang maha Esa...semoga Ramadhan yang bakal pergi ini cukup bermakna buat kita semua..

wassalam~

(hhhmmm...sebenarnya dengan kesempatan ini ana ingin memohon maaf di atas segala kesilapan dan keterlanjuran ana....sebenarnya post ni satu persoalan..so siapa yang ada jawapan.. sila kongsikan..apa salahnya....seperti dalam al-qur'an..al-ankabut:7)
KETIBAAN TETAMU
11:43 PM | Author: budakselangor~
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana telah membenarkan ana kembali meng-update blog tersayang ini..Setinggi-tinggi kesyukuran juga kerana Allah telah memberi 2 kenikmatan yang mungkin tiada di dalam jiwa seseorang..iaitu IMAN dan ISLAM....

Insyaallah post kali ini berkisar tentang tetamu yang dihantar oleh Allah untuk hambanya yang memahami dan menikmati dengan kedatangan tetamu itu...... tetamu itu ialah RAMADHAN....yang mana bulan inilah Allah telah memberi berbagai fadhilat dan kenikmatan untuk hambanya...tapi adakah kita hanya mahu mengumpul hari-hari yang kosong ketika ramadhan berlalu...di samping berbagai kelebihan yang Allah telah kurniakan seperti:

  1. pahala SUNAT ganjarannya seperti pahala FARDHU
  2. syaitan DIGARI dah pintu neraka DITUTUP serapat-rapatnya
  3. pintu syurgaDIBUKA
sebenarnya banyak lagi yang antum semua boleh cari...seperti yang telah dinyatakan diatas...itulah kenikmatan dan kelebihan yang telah dikurniakan di dalam bulan mulia ini....adakah kita hendak berada di dalam golongan seperti di dalam hadis

'
berapa ramai orang yang berpuasa tetapi
hanya mendapat lapar dan dahaga'


Adakah kita hanya
membiarkan ia berlalu dan beredar begitu sahaja...??jika dikaji dengan teliti...sebenarnya ramadhan ni Allah telah kurniakan satu bulan khas untuk hambanya untuk berubah...kenapa para sahabat sangat merindui bulan ini dan menangis apabila ia pergi..??kerana ketika bulan inilah tiadanya syaitan yang sentiasa menghasut...di bulan inilah kita boleh mengenal diri kita yang sebenar...
yang tinggal hanyalah diri kita sendiri....tercetusnya nafsu pun sebenarnya dari diri kita sendiri....so..di bulan ramadhan inilah kita dapat mengetahui yang mana kesalahan yang betul-betul lahir dari diri sendiri...

Fikirkan dan renungkanlah...kita ingin biarkan bulan ini berlalu begitu sahaja...??tanpa membawa faedah dan perubahan pada diri kita sendiri..?? hhmmm....semoga ramadhan pada kali ini lebih baik dari yang lepas...Rasulullah pernah bersabda..

'
Wahai Aisyah,hendaklah kamu ketuk pintu
syurga dengan berlapar'
wassalam~

(
alhamdulillah post telah selesai ditulis...alangkah baiknya jika antum berkongsi pendapat & kutukan untuk post ini..)


AKHLAK
5:43 PM | Author: budakselangor~
Salam alayk ya ikhwati...alhamdulillah dipanjatkan kepada yang maha Esa kerana membenarkan ana menghirup udara yang masih manis terasa tanpa meminta balasan...

Insyaallah ana akan mengkongsikan sebuah realiti dan keadaan sebenar orang melayu yang masih memegang dan memiliki cip islam yang pada lafaznya mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah...tetapi kenapa secara zahirnya mereka(ana x dikecualikan)melakukan sesuatu perkara seperti tiada Tuhan yang melihat..seperti tiada yang maha Melihat....



di sini kita sama-sama dapat lihat yang kita bukanlah orang belanda,bukanlah orang jepun,tp secara hakikatnya memanglah seorang yang berbangsa MELAYU yang rasanya seorang yang masih memegang cip ISLAM....adakah ini sifatnya manusia yang pernah mengucapkan 2 kalimah syahadah..??yang pernah mengucapkan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH..?? hhhmmm.......marilah kita sama koreksi dan lihatlah diri kita ini...mungkin disebabkan serangan-serangan pemikiran yahudi yang sudah lama bertapak di malaysia...ana tidak sekali kali mengecualikan diri ana..ana mengaku ana pon sedikit sebanyak larut dalam unsur-unsur dari tarbiyah yahudi...tetapi adakah kita sekadar MENGIKUT atau MENCEGAH pemikiran-pemikiran yang telah dibawa oleh yahudi...

ana ingin menekankan tentang tajuk ini ialah akhlak...kerana bukan hanya mereka yang tidak ikut tarbiyah betul2 je yang kurang berakhlak...tetapi terdapat juga mereka yang semangat2 commit,tapi sampai akhlak...hancur...di antara pemikiran-pemikiran yang ingin di bawa ialah..
  1. meruntuhkan akhlak
  2. menghancurkan pemikiran islam
  3. menghancurkan peribadi islam
  4. memurtadkan orang islam
mereka(yahudi)telah merancang dengan teliti dan di atas kita dapat lihat turutan-turutan serangan yahudi..

sama-samalah kita fikir -fikir dan sedar dari keadaan umat sekarang....wassalam~

(
post dah habis tulis...lakukan tugas antum utk turut memberi pandangan tentang post ini)



sebuah perkongsian
10:06 PM | Author: budakselangor~
Salam alayk kepada semua ikhwah yang membaca blog ini...setelah lama ana meninggalkan blog ini sehinggakan bersarang....terdapat sebuah perkongsian yang ingin sekali ana kongsikan...

Dr. Yusuf Al-Qardhawi telah menambah sebanyak 3 rukun islam iaitu:-
  1. amar makruf
  2. nahi mungkar
  3. jihad fi sabilillah
apabila dikatakan tentang rukun islam,bermakna setiap mereka yang berjiwa muslim wajib melaksanakan kesemua rukun-rukun yang telah ditetapkan...

Apa yang dapat disimpulkan ialah,pada zaman sekarang ni,seorang daie sangat diperlukan..untuk menjadi seorang daie,hendaklah menjga kesemua aspek iaitu ibadah,kebersihan dan yang paling penting sekali akhlak...jika diimbas kisah sirah dahulu..baginda sangat menjaga peribadi beliau..lagi-lagi akhlak...berikutan hadis "innamaa bu'istu liutammima makarimal akhlak"... kita dapat lihat bahawa baginda menjaga akhlak baginda sehinggakan ada orang kafir yang terpesona dengan keindahan akhlak baginda....bagi mereka yang sudah bersedia untuk menggelarkan diri mereka sebagai seorang daie,ada satu kata-kata yang ingin ana kongsikan...kadangkala satu perbuatan kesannya sama dengan seribu perkataan....fikirkanlah kata-kata ini....wassalam~

(p/s:jangan lupa untuk menunaikan tugas untuk mengkongsikan pandangan tentang post ini....)
LAA TAGHDOB
6:26 AM | Author: budakselangor~
sebuah hadis ke-17/16..rasulullah bersabda "seorang pemuda datang berjumpa baginda lalu berkata..'berilah wasiat kepadaku'..rasulullah menjawab..'jangan marah'..pemuda itu ulang berkali-kali...rasulullah menjawab...'jangan marah'.....

Hadis di atas menerangkan bahawa marah juga merupakan perkara 'kecil' yang perlu di jaga...marah ibarat api..'kecil menjadi kawan,besar menjadi lawan'...sifat marah memberikan impak yang besar ke atas perspek seorang Muslim....ana nk berkongsi satu kisah yang menarik...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu,namun
lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sedarlah bahawa sifat marah merupakan salah satu pintu masuk bagi syaitan.... Dalam kesibukan kita mengikut tarbiyah Allah,kita perlu menghindarkan diri daripada hasutan syaitan yang berbisa...wassalam~

renungan bersama...
6:14 AM | Author: budakselangor~
dipetik daripada kitab hadith 40 mengenai peristiwa akhir zaman;
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". [Hadith Riwayat Hakim]
dapat ditaksir dan difahami dengan mudah kerana kelancaran bahasanya yang ringan dan ringkas, bahawa baginda nabi SAW menyebut bahawa di akhir zaman ini, ummat Islam akan ditimpa penyakit sepertimana yang pernah menimpa ummat-ummat terdahulu. tatkala ditanya kepada baginda akan apakah penyakit tersebut, baginda menyenaraikannya seperti di bawah;
  1. hedonisme
  2. kemewahan melampau
  3. mengumpul harta sebanyaknya
  4. tipu menipu dalam merebut harta benda
  5. saling memarahi
  6. hasut-menghasut sehingga menzalimi
manusia sekarang adalah sepertimana yang pernah disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran;
Mereka hanya mengetahui yang zahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai. [TMQ:30:7]
apa yang terang pada mata manusia adalah apa yang tercapai pada pandangan mereka sahaja, sedangkan manusia ini Allah muliakan dengan mengurniakan aqal yang membolehkan fikir berlaku legar-legar dalam minda. sungguh, manusia ini sempit fikirnya, yang luar mindanya hanya mampu mencakup pada dunia dan apa yang bisa dituai darinya, sedang dalam hal akhirat, mereka ini seakan buta matanya, tuli telinganya, bisu mulutnya. na'udzubillahi min zalik.manusia lalai dengan hiburan yang melampau dan terlampau. asyik dengan hiburan sana-sini, sedang ada hal yang lebih menjadi keutamaan. alangkah jijiknya manusia. Terdapat satu kisah tentang budak merokok.. bila ditanyakan mengapa merokok, dijawab tension. apabila ditanya mengapa, katanya tension disebabkan keluarga. ia membuatkan hati jadi tidak tenang, ia membuatkan hati berkecamuk, maka dipilih untuk merokok. ma sya Allah, dalam banyak perkara, mengapa merokok yang dipilih untuk melepaskan tension? bukankah Allah mengajarkan kepada manusia bahawa untuk menenangkan hati, ingatlah Allah. ingat Allah, ingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. [TMQ:13:28]
ini cara yang betul, ini cara yang diperintah Allah. ada orang hatinya tidak tenteram, pergi mendengar lagu-lagu keras, minum minuman keras, apa lagi yang keras? akhirnya hati menjadi keras. bila diajak balik ke pangkal jalan, tak mahu. sebab? hati sudah keras. kalau hati keras bagaimana mahu terima hidayah? kalau hati keras macam mana mahu lembutkan? bolehkah? ada peluangkah? subhanAllah, Allah maha Hebat, pasti ada jalannya. asalkan kita mahu, ya, asalkan kita mahu, Allah akan memberi. bukan sekadar bersolat, membaca al-Quran, berzikir, mendengar tazkirah, ceramah, kuliyyah, khutbah, semuanya menyumbang kepada kelembutan dan ketenangan hati.

hati ini tuan-puan, seandainya dijaga dengan konsisten, maka ia akan terjaga, akan terhijab dari maksiat, tapi kalau kita kejap mahu, kejap tidak, kejap ke kiri, kejap ke kanan. kalau angin bertiup utara, ke utara kita terbang, kalau angin bertiup ke selatan, ke selatan ke hanyut. tidak tetap, maka perlu tetap pendirian. hati mesti dipasak dengan iman. macam mana mahu pasak dengan iman? sudah tentu dengan menyucikan diri dengan taubat, seterusnya berazam tidak mengulangi kesilapan lampau, dan sentiasa istiqamah dalam ibadah kepada Allah.

tak boleh kah jadi kaya? tak bolehkah kumpul harta? Islam ini kedekutkah untuk tidak memberi kekayaan kepada orang-orangnya? bahkan, kalau mahu kumpulkan kekayaan setinggi Everest sekalipun, kumpullah. tidak ada salahnya. kita pernah melihat tokoh sahabat, Saidina 'Abdurrahman ibn 'Auf, subhanAllah, hebat! dari zero dia menjadi hero, bukan sekadar harta dunia, malah akhirat, beliau turut cemerlang. soalnya, bolehkah kalian menjadi sepertinya? kalau mahu kumpul harta, silakan. tapi ingat, paksinya, tunjangnya, akarnya, adalah ALLAH SWT, tiada lainnya. mengumpul dengan cara dan jalan yang baik, bersih, suci dan halal. bukan penipuan, riba, kezaliman, haram! selepas itu, jangan lupa zakat. bahawa sesungguhnya dalam harta kita itu ada bahagian yang menjadi hak kepada mereka yang memerlukan, maka bersihkannya! ini tidak, sibuk kumpul harta, menggunung-ganang, tapi kedekut, taik hidung masin, bakhil, dan seumpamanya, mana hendak dicari kebahagiaan? mana hendak dicari ketenangan? sedangkan kita tiada usaha ke arah itu.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bukannya orang yang kuat yang terpuji menurut syara' itu orang yang menang dalam perkelahian, tetapi yang dinamakan orang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu marah."
hadith atas menjelaskan seterangnya bahawa marah bukan satu solusi yang baik. hari ini kita dengan mudah menengking dan memarahi orang lain, kadang-kadang tanpa sebab yang munasabah. astaghfirullah, waraskan minda, guna akal. adili dengan baik, bahawa sesungguhnya marah itu tidak lain melainkan membawa bahana kepada diri sendiri. orang akan marah atau benci dengan kita, sedang kita pula bisa mengundang penyakit kepada diri sendiri. orang yang selalu marah akan dicela oleh orang lain, apakah doa mereka agaknya kepada orang seperti ini? apakah akan aman hidupnya andai kecelakaan sahaja yang menimpa? akan aman in sya Allah, kalau dirinya beriman, kalau tidak? bercakaplah dengan baik, tegurlah dengan hemah. usah ditengking-tengking. andai semalam kita melakukan kesilapan ini, maka hari ini kita perbetulkannya, usah ulangi lagi kesilapan itu. sungguh orang yang waras akalnya, akan waras juga cakapnya, in sya Allah.

hari ini seringkali kita melihat orang-orang dijatuhkan dalam politik, dan sebagainya. tidak lain, kerana hasutan, dengki dan iri, juga takut, menyebabkan kita mudah menzalimi orang lain. demi menjamin kedudukan kita, demi menjamin status kita, apa sahaja akan dilakukan. masih ingatkan ketika serangan tentera monggol ke atas Baghdad yang mengorbankan puluhan ribu nyawa? kerana apa? ia berlaku kerana hasutan daripada seorang yang diberikan amanah dan kepercayaan oleh sultan untuk mentadbir daerah kerana bencinya dia kepada sunni. begitu sekali kerana dengki dan bencinya dia sehingga menghasut seseorang dari luar untuk membunuh saudara seaqidahnya sendiri. hari ini kita lihat berapa ramai yang bersekongkol dengan barat dan Israel demi menyelamatkan diri sendiri, dan mengorbankan orang lain dari agama sendiri? usah pergi jauh, dalam negara sendiri pun sudah jelas. saling menindas kerana tidak puas hati, menghasut dan kemudian mencari jalan untuk memusnahkan orang tersebut, kariernya dan hidupnya. begitu sekali dahsyatnya manusia.

sungguh, kita kian hampir kepada kiamat. sudah terang tanda-tandanya. entah apa lagi yang ditunggu. entah apa lagi yang dilihat. tidak mahu belajarkah? tidak mahu pulang kah kembali kepada iman nan hakiki? ingat, di hari yang tiada siapa akan dikecualikan, pintu taubat telah ditutup serapat-rapatnya. menangis air mata darah sekalipun, taubat itu telah cukup tempohnya.wassalam~

(
sebenarnya copy dari orangnya blog..:thetalkingpen.blogspot.com)
AL-HAYYA'
7:37 PM | Author: budakselangor~
kita sekarang hidup di akhir zaman...di mana malu tu tiada nilainya...perempuan tidak pakai tudung,pergaulan perempuan dan lelaki,dan banyak lagi....kenapa kita perlu malu..??

Ada hadis mengatakan "malu itu seiring dengan iman,jika salah satu daripadanya tiada,maka rosaklah.."..Disini kita dapat lihat bahawa malu merupakan satu perkara yang penting..tetapi ape yang kita semua lihat kat luar..mereka tiada perasaan malu..sifat malu juga melambangkan iman kita samada kuat atau lemah.. sepatutnya seorang muslim sangat menekankan sifat malu...ada satu kisah.. ada laa seorang foreigner yg islam..dia jalan satu tempat nih..tiba2 adelaa seorang perempuan nak berzina dgn dia..dia pon jawap laa" no..no..i'm a muslim.."apa yg perempuan tu jawap.."don't worry,i'm a muslim too"..pengajarannya,dapat kita lihat yg org muslim kt malaysia boleh2 je nk cakap macam tuhh...menunjukkan yang dia x de perasaaan malu...rasulullah pernah bersabda.."sesungguhnya tiap agama itu ada tatasusila"..islam ialah agama Allah...Allah telah memilih agama islam...sebab yusuf islam masuk islam ialah kerana dia mengkaji agama islam,bukan dia melihat tatasusila org islam...
sifat malu juga melambangkan sifat sopan santun seseorang..Ingatlah yg kita memerlukan allah bukan allah memerlukan kita..allah boleh je nk turunkan azab kt umat sekarang macam Dia turunkan azab kt org zaman dahulu...jika seseorang itu melakukan maksiat,menunjukkan bahawa dia x de sifat malu..kerana allah telah mencabut sifat malu...Jadi,apa yg kita lihat bahawa org muslim sekarang dah berubah...jadi sesamalah kita jaga sifat malu iaitu yg merupakan cabang iman itu sendiri...wassalam~
realiti VS fantasi
12:33 AM | Author: budakselangor~
realiti vs fantasi......sebenarnya tajuk nii ana ambik drpd,ade laa satu kuliah yg diberikan kat sume org.....memule time ana pikir ape tajuk ni,tibe cite psl realiti vs fantasi...tp bila dh dgr,mmg best..x tipu.....ia seperti di bawah...

bismillah.....tajuk kali ini menceritakan tentang diri umat islam sendiri...di mana umat islam tlh dikurniakan petunjuk iaitu al-qur'an dan assunnah...ada hadis mengatakan.."jika kamu berpegang pd 2 benda ni,nescaya kamu x akan sesat.. benda itu ialah al-qur'an dan assunnah".....di dalam alqur'an ada mengatakan sifat seorang muslim yg sebenar...tp apa yg kita lihat sekarang..ada ke yg mmg merealisasikan apa yg sudah tersurat di dalam alqur'an....ini menunjukkan bahawa umat islam sekarang hanyalah FANTASI semata-mata....kalau kita bukan umat islam yg realiti..kita termasuk dlm golongan yg mana..??

Di dalam al-qur'an juga telah menceritakan ttg sifat dan akhlak org yahudi dan nasrani...seperti yg kita lihat sekarang,mereka mmg merealisasikan apa yg alqur'an tlh sebutkan....org kafir yahudi sendiri telah melakukan apa yg alqur'an sebutkan...seperti dlm ayat yg bermaksud(secara mafhumnya)"org yahudi dan nasrani tidak akan sesekali redha dgn umat islam selagi mereka x menjadi sebahagian drpd mereka(yahudi)....."

Jd...kesimpulannya,kita sebagai umat islam yg mempunyai kitab yg tersendiri yg mmg khas utk umat islam..tp kita tidak merealisasikannya...sebaliknya org yahudi yg mengamalkannya....ana ambil contoh kisah para sahabat...saidina umar al-khattab...beliau x habis menghafal al-qur'an kerana beliau tidak akan berganjak kpd ayat yg lain selagi beliau tidak mengamalkan ayat yg baru diterima...dan byk kisah para sahabat yg lain..."org mukmin apabila dibacakan ayat alqur'an kpdnya mereka,bergetar hati mereka dan bertambah iman mereka.."dlm ayat nii menceritakan ttg org mukmin sendiri...adakah kita tergolong dlm ayat di atas..??
timbulkanlah persoalan itu di dlm diri antum....dan yg sebenarnya setiap perkara diatas mmg ana tujukan utk diri ana sendiri...mmg susah utk berjumpa dgn mereka yg mmg betul2 mengamalkan apa yg tersurat di dlm alqur'an....jd sesamalah kita fikir dalam-dalam....adakah diri kita ini bergelar muslim yg REALITI atau FANTASI.....fikirkanlah.....wassalam~
ada apa dgn CINTA....
7:46 AM | Author: budakselangor~
cinta......hhmmm...ape yg antum faham tentang cinta..??agak2 antum betul2 memahami maksud sebenarnya cinta..??adakah cinta ini memang betul2 indah..??

Di sini ingin dikongsikan bersama sebuah kisah yg memang memberi kesan kpd diri ana sendiri...kisahnya bermula begini...ada seorang pemuda yg hidup time zaman sahabat/tabiin(ana x berapa pasti)..dia ni mmg seorang yg meman ske mencuri... Bole nk kateyg sume umah kt situ sume die dh kuasai...ada suatu ari nihh...Dia nk masuk satu umah nii..tiba dia trdengar sepasang suami isteri berbincang... (lebih kurang camni laa).."bang,camne anak kite ni...anak kita dh besar tp x kawin lg..." kata si isteri.Si suami menjawab"betol jugak kan,cdgn abang cmni,abg nk cari seorang pemuda yg duduk dlm masjid selama 40 hari..orang itulaa yg akan dijadikan menantu..."...kebetulan pula,anak mereka mmg cantik...Jd,si pencuri pon buat laa mengikut syarat2 yg tlh ditetapkan oleh si suami..dipendekkan cerita...hari ke-40..pakcik pompuan tu pon gi laa jumpa si pencuri tuhh tanpa mngetahui pemuda itu adalah seorang pencuri...dialognya bermula begini..."saya sebenarnya nk mengahwinkan seorang anak saya..Tp saya telah meletakkan syarat tertentu..syaratnya ialah seorang yg telah duduk di dlm masjid selama 40 hari...sejak kebelakangan nii,saya lihat anta laa pemuda bertuah itu.."kata pakcik tuhh...pemuda jawab"saya sebenarnya dh tau hajat pakcik..(dia cerita balik kisah yg time die nk mencuri tuh..)pastu dia sambung "pd mulanya niat saya mmg nk memenangi hati pakcik utk supaya menerima saya sbgi menantu..tp saya merasakan yg saya tlh mendapat cinta yg benar2 ikhlas.. iaitu cinta ilahi...."smpi situ je yg ana ingat..tp cerita tu lebih kurang cmtu gak laa....

moral of the story...x yah nk kejar cinta mengarut kt dunia nih...cinta pompuan..? cinta harta..??mengarut je semua tuhh....bukan pasti kekal pon...ingat laa satu hadis..."jika kamu dtg kpd allah dlm keadaan berjalan,allah akan dtg kpd kamu dgn berlari.Jika kamu dtg kpd allah sehasta,allah akan dtg kpd kamu sedepa.." (secara mafhumnya...)so...dh mmg nabi dh kata terang ttg cinta allah...ada satu kata-kata...."jika kamu nk mengembalikan kegemilangan sepeti zaman dahulu, maka contohi apa yg mereka lakukan..."org dulu x men cintan cintun kt dunia nih..apa yg diorang nk keredhaan allah .......wassalam~
jalan.....
7:27 AM | Author: budakselangor~
Jalan..??asal tetibe je cite psl jalan.....kenapa ngan jalan....insyallah,disinikan dikongsikan tentang "jalan"....
Di dunia nih...memang jelas dan sangat nyata tentang jalan yg hak dan yg batil....Tp ntah kenapa kebanyakan manusia memilih yg batil...satu contoh...seorang budak nih die lapar yg teramat sangat...pastu jumpa ade 2 jalan...yg belah kiri ade kedai kek,nasi lemak,dan banyak lagi...yang belah kanan ade seketul tahi....natah kenapa disebabkan nafsu...die memilih jalan yg mempunyai seketul tahi....disini memang jelas terang yg manusia lebih menyukai yg batil drpd yg hak....
Di dalam solat,sebanyak 17 kali kita berdoa dalam bacaan al-fatihah.."ihdinas sirotolmustaqim..(tunjukkan kami jalan yg lurus)...aLLAh sudah memperkenankan doa kita semua...tp..manusia tetap mahu memilih yg batil.....
Sebenarnya mende nihh ditujukan khas utk diri yg sangat lemah ini...tp,alangkah manisnya jika dpt dikongsikan sesama....x guna jika kita hanya membaca....setiap perkara memang memerlukan amal....wassalam..~

BULAN mengambang...
8:17 PM | Author: budakselangor~
pada malam hari sabtu yg bertarikh 8MAC 2008,mmg merupakan hari yg ditunggukan oleh semua rakyat MALAYSIA utk mengetahui siapakah yg akan memerintah negara yg dicitai ini.....termasuklah aku dan sekeluarga....

pengumuman pilihan raya diumumkan....dan ALHAMDULILLAH...di mana BA berjaya memenangi majoriti rakyat di 5 buah negeri.....KELANTAN,KEDAH,PERLIS, PERAK dan yg x disangka-sangkakan...mereka berjaya memenangi SELANGOR.... alhamdulillah.......segala puji dipanjatkan ke atas-MU....

pd hari berikutnye...aku dan 2 org kwn bercadang utk pergi menziarahi kawan lama....dlm perjalanan ke sana,kami mengambil sebuah teksi...dlm perjalanan ke sana...ade jugak kami sembang ngan pakcik tuhh....antaranye..."pakcik sokong ape?" die jawab"mestilah barisan nasional!!kerajaan pon B.N...PAS ade ape... harap bg ceramah je lebih....bile tanye...keje ape...pekebun,drebar...kalo drebar, aku pon drebar....cbe tgk B.N,sume arkitek,engineer,usahawan.....habis laa s'gor nihh....ape jd ntah...mundur kot....hhhuuuiiisshhh......"kami diam x berkata....

ade lg satu kisah...aku ingin mengambil teksi utk bergerak balik ke rumah..... pastu aku tanye laa drebar teksi tuhh...."pakcik sokong ape?"die jawab..."pakcik sokong B.A..."aku tersenyum....dan time aku nk kuar dr teksi...die berkata..."HIDUP PAS"...lantas,aku berfikir...ade gak org "betol"kt sini.....

di sini aku menghadapi 2 situasi yg berbeza...dimana 2 org lelaki yg bekerja sebagai pemandu teksi...tetapi mempunyai fikiran yg sgt berbeza.....baru aku tahu bagaimana mereka berfikir....tetapi aku tertarik dgn kata2 ini..."rakyat MALAYSIA sudah pandai BERFIKIR.."....agaknya sampai sini je kot....ok laa.... wassalam..~
kawan...~
1:00 AM | Author: budakselangor~
Setiap org mempunyai kwn...kwn lame dan kwn baru........mereka akan menikmati keseronokan bersama kwn tersendiri...kemanisan,kesedihan,dan segala pengalaman yg mereka lalui......

Baru2 nihh aku menziarahi seorang sahabat lama aku yg duduk di selangor....mmg ini merupakan waktu yg paling aku nantikan ketika cuti....aku beserta dgn 2 org lagi kwn aku pergi menziarahi sahabat-ku...pelbagai reaksi yg aku lihat sebelum kami sempat menemui sahabat-ku.....akhirnya,kami bertiga berjaya selamat sampai di rumah 'beliau' pd jam 3:20...lebih kurang camtu ar.....kami mmg bercadang utk tidur 1 mlm di rumah 'beliau'.......di sana,masing2 mempunyai perasaan memasing....di sana pon masing2 ade pengalaman tersendiri...Pd keesokan harinya...kami bertolak pulang ke rumah masing2....aku rase seronok apabila dpt jumpa 'beliau'.....aku harap aku dpt berjumpa dgn 'beliau' lain kali.....wassalam~

kEhiDupaN bAru~
11:51 PM | Author: budakselangor~
3 minggu yg lpas,aku telah memasuki sebuah sekolah yg mana amat berbeza dgn maahad tahfiz yg pernah aku belajar.....terlalu byk benda yg aku belajar...memang betul cakap seorang abang tu.."antum akan merasai kehidupan yg berbeza di sekolah menengah berbanding di maahad"....memang ketara perbezaan yang aku rasai di sekolah menengah.....tp aku mmg akan melalui kehidupan itu...mahu x mahu,aku mesti lalui kehidupan itu...tp cuma perbezaanye ialah sama ada aku berjaya melalui dgn jayanya ataupun kegagalan....wassalam~