Insyaallah post kali ini berkisar tentang tetamu yang dihantar oleh Allah untuk hambanya yang memahami dan menikmati dengan kedatangan tetamu itu...... tetamu itu ialah RAMADHAN....yang mana bulan inilah Allah telah memberi berbagai fadhilat dan kenikmatan untuk hambanya...tapi adakah kita hanya mahu mengumpul hari-hari yang kosong ketika ramadhan berlalu...di samping berbagai kelebihan yang Allah telah kurniakan seperti:
- pahala SUNAT ganjarannya seperti pahala FARDHU
- syaitan DIGARI dah pintu neraka DITUTUP serapat-rapatnya
- pintu syurgaDIBUKA
'berapa ramai orang yang berpuasa tetapi
hanya mendapat lapar dan dahaga'
Adakah kita hanya membiarkan ia berlalu dan beredar begitu sahaja...??jika dikaji dengan teliti...sebenarnya ramadhan ni Allah telah kurniakan satu bulan khas untuk hambanya untuk berubah...kenapa para sahabat sangat merindui bulan ini dan menangis apabila ia pergi..??kerana ketika bulan inilah tiadanya syaitan yang sentiasa menghasut...di bulan inilah kita boleh mengenal diri kita yang sebenar...
yang tinggal hanyalah diri kita sendiri....tercetusnya nafsu pun sebenarnya dari diri kita sendiri....so..di bulan ramadhan inilah kita dapat mengetahui yang mana kesalahan yang betul-betul lahir dari diri sendiri...
Fikirkan dan renungkanlah...kita ingin biarkan bulan ini berlalu begitu sahaja...??tanpa membawa faedah dan perubahan pada diri kita sendiri..?? hhmmm....semoga ramadhan pada kali ini lebih baik dari yang lepas...Rasulullah pernah bersabda..
'Wahai Aisyah,hendaklah kamu ketuk pintu
syurga dengan berlapar'
wassalam~
(alhamdulillah post telah selesai ditulis...alangkah baiknya jika antum berkongsi pendapat & kutukan untuk post ini..)
0 comments: