TERSIRAT disebalik TERSURAT
9:03 PM | Author: budakselangor~
Salam ya ikhwati.....alhamdulillah segala kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana memcetuskan idea bagi menambah post untuk blog tercinta....tidak lupa juga selawat dan salam dipanjatkan untuk baginda Rasulullah s.a.w kerana menyebarluaskan agama yang diredhai Allah s.w.t...

Ehem2..insyaallah kali ini ana ingin mengongsikan cetusan yang tercetus di minda ana....ia berkaitan dengan Aidilfitri yang bakal menjelang dan Ramadhan yang bakal pergi....

Hhmmm....sebagai satu adat,kita sebagai seorang Islam yang berbangsa Melayu kebiasaannya akan meminta maaf sesama Muslim yang lain ketika Aidilfitri menjelang tidak terkecuali bagi ana...satu persolan...kenapa time raya baru nak menghidupkan suasana meminta maaf sedangkan ana ada mendengar satu kuliah,penceramah time tu cakap 'nak masuk Ramadhan ni,kita perlu bersihkan diri kita dari segala dosa supaya time Ramadhan kita betul-betul bersedia'... seperti itulah yang diperkatakan oleh penceramah time tu..(kalo x silap)...so,apa yang ana dapat simpulkan,bila nak masuk Ramadhan kenalah kita cepat-cepat bersihkan diri kita dari segala dosa termasuklah melukakan hati kawan-kawan... seperti dalam hadis;

'alangkah kecewanya orang yang sejak tiba bulan
Ramadhan hingga habis bulan tidak diberi keampunan'

(x silap hadis....)Tapi apa yang diamalkan ialah time Ramadhan tiada pula suasana meminta maaf sesama Muslim....satu persoalan yang sering berlegar di minda ana keberangkalian...bila difikirkan semula,ana pun baru menyedari keadaan ini sebenarnya,kira ana pun buat....tapi kita semua tahu bahawa amalan meminta maaf sangat dituntut dalam agama Islam sendiri...kerana ia merupakan amalan yang sangat mulia...tetapi tidak bermakna kita tidak boleh menghidupkan suasana meminta maaf ketika Aidilfitri....mungkin sampai di sini sahaja satu perkongsian yang boleh ana kongsikan...segala kebaikan pasti datang daripada Allah yang maha Esa...semoga Ramadhan yang bakal pergi ini cukup bermakna buat kita semua..

wassalam~

(hhhmmm...sebenarnya dengan kesempatan ini ana ingin memohon maaf di atas segala kesilapan dan keterlanjuran ana....sebenarnya post ni satu persoalan..so siapa yang ada jawapan.. sila kongsikan..apa salahnya....seperti dalam al-qur'an..al-ankabut:7)