Iman
1:21 AM | Author: budakselangor~

Assalamualaikum w.b.t...kepada semua pembaca yang masih setia dan tidak jemu untuk membuka blog ini..ana dahulukan dengan seribu kemaafan kerana barangkali agak lama ana tidak meng-update blog ni...

Alhamdulillah..dengan kesempatan ini ana ingin mengkongsikan satu kisah yang betul-betul menarik perhatian ana...insyaallah ana akan kongsikan bersama...sebenarnya kisah ni,sebuah kisah dongeng,tapi banyak benda yang boleh kita dapat...

Kisah bermula dengan...

Ada sebuah kapal yang sedang berlayar di satu lautan..tiba-tiba,dengan takdir Allah,kapal tersebut karam akibat daripada badai yang melanda lautan tersebut..tapi terdapat 2 orang yang selamat dan mereka tersadai di satu pantai yang kosong..tiada sumber makanan,pakaian, malahan penginapan...(ana kategorikan si A dan si B)...mereka membuat satu keputusan supaya dipecahkan wilayah A dan wilayah B..si A tinggal di wilayah A dan si B tinggal di wilayah B..mereka mahu melihat barangkali doa siapa yang dimakbulkan Allah...

Hari demi hari berlalu..si A pun berdoa supaya diberikan makanan memandangkan tempat itu kosong...dengan berkat doa,Allah memberikan makanan...dalam beberapa hari,si A cuba menjenguk sahabat B..si B tetap dengan keadaan asal..tanpa makanan,ataupun apa-apa...

Masuk minggu yang ke-3...si A berhasrat untuk berdoa supaya dikurniakan pakaian..segala puji bagi Allah..doa si A dimakbulkan...si A melihat kedaan si B..tetapi,si B tetap dengan keadaan asal,masih sedia kala...

Sudah genap sebulan,si A berdoa supaya didirikan sebuah rumah supaya bisa si A berehat dan tidur...denag rahmat yang Allah turunkan,terdirinya sebuah rumah bagi memenuhi keinginan si A tadi...kemudian,terdetik di hati si A untuk melihat keadaan si B...apa yahng dilihat,keadaan si B tetap sama..tanpa ada perubahan...

Minggu berganti minggu...terdetik di hati si A,menginginkan seorang teman hidup...dengan keizinan tuhan..terdampar seorang perempuan di wilayah A...maka diijabkabulkan antara dua insan tersebut... tetapi keadaan si B masih seperti dahulu...

Selepas puas si A menikmati kehidupan di pantai tersebut..si A cuba berdoa supaya dikurniakan sebuah kapal untuk pulang ke rumah...keesokan paginya..terlihat oleh si A sebuah kapal bagi memenuhi hasrat si A...sebelum si A bertolak..dia terfikir..'perlu ke aku mengajak si B naik dan balik sekali..?tapi..keadaan dia sama je macam dulu..maksudnya doa dia tidak dimakbulkan.. Allah mesti tak menerima dia...'Lantas si A meninggalkan sahabat B nya dengan meneruskan pelayaran pulang ke tanah air...

Tiba-tiba dengan takdir Allah terdapat satu suara daripada langit menegur tindakan si A..suara itu tegas menegurnya..'kenapa kau tinggalkan kawan kau?'..si A menjawab..'aku tinggalkan dia sebab dia masih dengan keadaan asal..tanpa perubahan..kiranya,doa dia tidak dimakbulkan Allah..Allah telah menepikan dia..buat apa aku mahu membantu seorang yang telah diketepikan oleh Allah..?'...suara itu membalas..'ketahuilah bahawa sahabat kau sentiasa berdoa supaya doa kau dimakbulkan..tiada doa lain yang diminta..'

Sampai di situ cerita tersebut..

Kesimpulan yang dapat ana dapat buat daripada kisah ini...segala kenikmatan yang telah kita sama-sama kecapi sama ada pakaian,makanan..malahan IMAN dan ISLAM...kesemua itu hasil pengorbanan orang-orang terdahulu..mereka sanggup berkorban dengan darah demi kita..demi kita supaya kita merasai kenikmatan dan keindahan Iman yang merka rasai..dan tidak semua orang berjaya merasai dan betul-betul menikmati kenikmatan tersebut..Abdurrahman bin Auf sanggup membelanjakan kesemua hartanya hanya kerana kita...Sumayyah membiarkan dirinya disula bagi mempertahankan Islam supaya generasi selepasnya menikmati keindahan Iman...Rasulullah yang agung,cedera ketika berdakwah di Thaif akibat dibaling batu...darah baginda bertakung di kasut baginda hanya kerana keinginan menyampaikan Islam...

Ketahuilah,sedarlah,dan hayatilah pengorbanan generasi-generasi terdahulu...adakah kita ingin menghancurkan harapan meraka dan adakah kita mahu mensia-siakan segala titisan darah dan peluh yang mereka cucurkan buat generasi akan datang...

Sedikit perkongsian yang mungkin ana dapat kongsikan buat kita  semua lebih-lebih lagi diri ana yang sering memerlukan peringatan dan teguran daripada anda semua...

Wallahu a'lam..

(sebarang ketidakpuas hatian dan pandangan mahupun perkongsian amatlah dialu-alukan daripada pihak anda semua...)