renungan bersama...
6:14 AM | Author: budakselangor~
dipetik daripada kitab hadith 40 mengenai peristiwa akhir zaman;
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". [Hadith Riwayat Hakim]
dapat ditaksir dan difahami dengan mudah kerana kelancaran bahasanya yang ringan dan ringkas, bahawa baginda nabi SAW menyebut bahawa di akhir zaman ini, ummat Islam akan ditimpa penyakit sepertimana yang pernah menimpa ummat-ummat terdahulu. tatkala ditanya kepada baginda akan apakah penyakit tersebut, baginda menyenaraikannya seperti di bawah;
  1. hedonisme
  2. kemewahan melampau
  3. mengumpul harta sebanyaknya
  4. tipu menipu dalam merebut harta benda
  5. saling memarahi
  6. hasut-menghasut sehingga menzalimi
manusia sekarang adalah sepertimana yang pernah disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran;
Mereka hanya mengetahui yang zahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai. [TMQ:30:7]
apa yang terang pada mata manusia adalah apa yang tercapai pada pandangan mereka sahaja, sedangkan manusia ini Allah muliakan dengan mengurniakan aqal yang membolehkan fikir berlaku legar-legar dalam minda. sungguh, manusia ini sempit fikirnya, yang luar mindanya hanya mampu mencakup pada dunia dan apa yang bisa dituai darinya, sedang dalam hal akhirat, mereka ini seakan buta matanya, tuli telinganya, bisu mulutnya. na'udzubillahi min zalik.manusia lalai dengan hiburan yang melampau dan terlampau. asyik dengan hiburan sana-sini, sedang ada hal yang lebih menjadi keutamaan. alangkah jijiknya manusia. Terdapat satu kisah tentang budak merokok.. bila ditanyakan mengapa merokok, dijawab tension. apabila ditanya mengapa, katanya tension disebabkan keluarga. ia membuatkan hati jadi tidak tenang, ia membuatkan hati berkecamuk, maka dipilih untuk merokok. ma sya Allah, dalam banyak perkara, mengapa merokok yang dipilih untuk melepaskan tension? bukankah Allah mengajarkan kepada manusia bahawa untuk menenangkan hati, ingatlah Allah. ingat Allah, ingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. [TMQ:13:28]
ini cara yang betul, ini cara yang diperintah Allah. ada orang hatinya tidak tenteram, pergi mendengar lagu-lagu keras, minum minuman keras, apa lagi yang keras? akhirnya hati menjadi keras. bila diajak balik ke pangkal jalan, tak mahu. sebab? hati sudah keras. kalau hati keras bagaimana mahu terima hidayah? kalau hati keras macam mana mahu lembutkan? bolehkah? ada peluangkah? subhanAllah, Allah maha Hebat, pasti ada jalannya. asalkan kita mahu, ya, asalkan kita mahu, Allah akan memberi. bukan sekadar bersolat, membaca al-Quran, berzikir, mendengar tazkirah, ceramah, kuliyyah, khutbah, semuanya menyumbang kepada kelembutan dan ketenangan hati.

hati ini tuan-puan, seandainya dijaga dengan konsisten, maka ia akan terjaga, akan terhijab dari maksiat, tapi kalau kita kejap mahu, kejap tidak, kejap ke kiri, kejap ke kanan. kalau angin bertiup utara, ke utara kita terbang, kalau angin bertiup ke selatan, ke selatan ke hanyut. tidak tetap, maka perlu tetap pendirian. hati mesti dipasak dengan iman. macam mana mahu pasak dengan iman? sudah tentu dengan menyucikan diri dengan taubat, seterusnya berazam tidak mengulangi kesilapan lampau, dan sentiasa istiqamah dalam ibadah kepada Allah.

tak boleh kah jadi kaya? tak bolehkah kumpul harta? Islam ini kedekutkah untuk tidak memberi kekayaan kepada orang-orangnya? bahkan, kalau mahu kumpulkan kekayaan setinggi Everest sekalipun, kumpullah. tidak ada salahnya. kita pernah melihat tokoh sahabat, Saidina 'Abdurrahman ibn 'Auf, subhanAllah, hebat! dari zero dia menjadi hero, bukan sekadar harta dunia, malah akhirat, beliau turut cemerlang. soalnya, bolehkah kalian menjadi sepertinya? kalau mahu kumpul harta, silakan. tapi ingat, paksinya, tunjangnya, akarnya, adalah ALLAH SWT, tiada lainnya. mengumpul dengan cara dan jalan yang baik, bersih, suci dan halal. bukan penipuan, riba, kezaliman, haram! selepas itu, jangan lupa zakat. bahawa sesungguhnya dalam harta kita itu ada bahagian yang menjadi hak kepada mereka yang memerlukan, maka bersihkannya! ini tidak, sibuk kumpul harta, menggunung-ganang, tapi kedekut, taik hidung masin, bakhil, dan seumpamanya, mana hendak dicari kebahagiaan? mana hendak dicari ketenangan? sedangkan kita tiada usaha ke arah itu.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bukannya orang yang kuat yang terpuji menurut syara' itu orang yang menang dalam perkelahian, tetapi yang dinamakan orang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu marah."
hadith atas menjelaskan seterangnya bahawa marah bukan satu solusi yang baik. hari ini kita dengan mudah menengking dan memarahi orang lain, kadang-kadang tanpa sebab yang munasabah. astaghfirullah, waraskan minda, guna akal. adili dengan baik, bahawa sesungguhnya marah itu tidak lain melainkan membawa bahana kepada diri sendiri. orang akan marah atau benci dengan kita, sedang kita pula bisa mengundang penyakit kepada diri sendiri. orang yang selalu marah akan dicela oleh orang lain, apakah doa mereka agaknya kepada orang seperti ini? apakah akan aman hidupnya andai kecelakaan sahaja yang menimpa? akan aman in sya Allah, kalau dirinya beriman, kalau tidak? bercakaplah dengan baik, tegurlah dengan hemah. usah ditengking-tengking. andai semalam kita melakukan kesilapan ini, maka hari ini kita perbetulkannya, usah ulangi lagi kesilapan itu. sungguh orang yang waras akalnya, akan waras juga cakapnya, in sya Allah.

hari ini seringkali kita melihat orang-orang dijatuhkan dalam politik, dan sebagainya. tidak lain, kerana hasutan, dengki dan iri, juga takut, menyebabkan kita mudah menzalimi orang lain. demi menjamin kedudukan kita, demi menjamin status kita, apa sahaja akan dilakukan. masih ingatkan ketika serangan tentera monggol ke atas Baghdad yang mengorbankan puluhan ribu nyawa? kerana apa? ia berlaku kerana hasutan daripada seorang yang diberikan amanah dan kepercayaan oleh sultan untuk mentadbir daerah kerana bencinya dia kepada sunni. begitu sekali kerana dengki dan bencinya dia sehingga menghasut seseorang dari luar untuk membunuh saudara seaqidahnya sendiri. hari ini kita lihat berapa ramai yang bersekongkol dengan barat dan Israel demi menyelamatkan diri sendiri, dan mengorbankan orang lain dari agama sendiri? usah pergi jauh, dalam negara sendiri pun sudah jelas. saling menindas kerana tidak puas hati, menghasut dan kemudian mencari jalan untuk memusnahkan orang tersebut, kariernya dan hidupnya. begitu sekali dahsyatnya manusia.

sungguh, kita kian hampir kepada kiamat. sudah terang tanda-tandanya. entah apa lagi yang ditunggu. entah apa lagi yang dilihat. tidak mahu belajarkah? tidak mahu pulang kah kembali kepada iman nan hakiki? ingat, di hari yang tiada siapa akan dikecualikan, pintu taubat telah ditutup serapat-rapatnya. menangis air mata darah sekalipun, taubat itu telah cukup tempohnya.wassalam~

(
sebenarnya copy dari orangnya blog..:thetalkingpen.blogspot.com)
|
This entry was posted on 6:14 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On July 4, 2008 at 7:38 AM , Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

wuisy... sungguh menusuk kalbuku yg lemah imannya ini... post yg bagus sebenarnya..

(patutlah beria-ia sgt nk suruh ana tgk)