LAA TAGHDOB
6:26 AM | Author: budakselangor~
sebuah hadis ke-17/16..rasulullah bersabda "seorang pemuda datang berjumpa baginda lalu berkata..'berilah wasiat kepadaku'..rasulullah menjawab..'jangan marah'..pemuda itu ulang berkali-kali...rasulullah menjawab...'jangan marah'.....

Hadis di atas menerangkan bahawa marah juga merupakan perkara 'kecil' yang perlu di jaga...marah ibarat api..'kecil menjadi kawan,besar menjadi lawan'...sifat marah memberikan impak yang besar ke atas perspek seorang Muslim....ana nk berkongsi satu kisah yang menarik...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu,namun
lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sedarlah bahawa sifat marah merupakan salah satu pintu masuk bagi syaitan.... Dalam kesibukan kita mengikut tarbiyah Allah,kita perlu menghindarkan diri daripada hasutan syaitan yang berbisa...wassalam~

renungan bersama...
6:14 AM | Author: budakselangor~
dipetik daripada kitab hadith 40 mengenai peristiwa akhir zaman;
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". [Hadith Riwayat Hakim]
dapat ditaksir dan difahami dengan mudah kerana kelancaran bahasanya yang ringan dan ringkas, bahawa baginda nabi SAW menyebut bahawa di akhir zaman ini, ummat Islam akan ditimpa penyakit sepertimana yang pernah menimpa ummat-ummat terdahulu. tatkala ditanya kepada baginda akan apakah penyakit tersebut, baginda menyenaraikannya seperti di bawah;
  1. hedonisme
  2. kemewahan melampau
  3. mengumpul harta sebanyaknya
  4. tipu menipu dalam merebut harta benda
  5. saling memarahi
  6. hasut-menghasut sehingga menzalimi
manusia sekarang adalah sepertimana yang pernah disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran;
Mereka hanya mengetahui yang zahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai. [TMQ:30:7]
apa yang terang pada mata manusia adalah apa yang tercapai pada pandangan mereka sahaja, sedangkan manusia ini Allah muliakan dengan mengurniakan aqal yang membolehkan fikir berlaku legar-legar dalam minda. sungguh, manusia ini sempit fikirnya, yang luar mindanya hanya mampu mencakup pada dunia dan apa yang bisa dituai darinya, sedang dalam hal akhirat, mereka ini seakan buta matanya, tuli telinganya, bisu mulutnya. na'udzubillahi min zalik.manusia lalai dengan hiburan yang melampau dan terlampau. asyik dengan hiburan sana-sini, sedang ada hal yang lebih menjadi keutamaan. alangkah jijiknya manusia. Terdapat satu kisah tentang budak merokok.. bila ditanyakan mengapa merokok, dijawab tension. apabila ditanya mengapa, katanya tension disebabkan keluarga. ia membuatkan hati jadi tidak tenang, ia membuatkan hati berkecamuk, maka dipilih untuk merokok. ma sya Allah, dalam banyak perkara, mengapa merokok yang dipilih untuk melepaskan tension? bukankah Allah mengajarkan kepada manusia bahawa untuk menenangkan hati, ingatlah Allah. ingat Allah, ingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. [TMQ:13:28]
ini cara yang betul, ini cara yang diperintah Allah. ada orang hatinya tidak tenteram, pergi mendengar lagu-lagu keras, minum minuman keras, apa lagi yang keras? akhirnya hati menjadi keras. bila diajak balik ke pangkal jalan, tak mahu. sebab? hati sudah keras. kalau hati keras bagaimana mahu terima hidayah? kalau hati keras macam mana mahu lembutkan? bolehkah? ada peluangkah? subhanAllah, Allah maha Hebat, pasti ada jalannya. asalkan kita mahu, ya, asalkan kita mahu, Allah akan memberi. bukan sekadar bersolat, membaca al-Quran, berzikir, mendengar tazkirah, ceramah, kuliyyah, khutbah, semuanya menyumbang kepada kelembutan dan ketenangan hati.

hati ini tuan-puan, seandainya dijaga dengan konsisten, maka ia akan terjaga, akan terhijab dari maksiat, tapi kalau kita kejap mahu, kejap tidak, kejap ke kiri, kejap ke kanan. kalau angin bertiup utara, ke utara kita terbang, kalau angin bertiup ke selatan, ke selatan ke hanyut. tidak tetap, maka perlu tetap pendirian. hati mesti dipasak dengan iman. macam mana mahu pasak dengan iman? sudah tentu dengan menyucikan diri dengan taubat, seterusnya berazam tidak mengulangi kesilapan lampau, dan sentiasa istiqamah dalam ibadah kepada Allah.

tak boleh kah jadi kaya? tak bolehkah kumpul harta? Islam ini kedekutkah untuk tidak memberi kekayaan kepada orang-orangnya? bahkan, kalau mahu kumpulkan kekayaan setinggi Everest sekalipun, kumpullah. tidak ada salahnya. kita pernah melihat tokoh sahabat, Saidina 'Abdurrahman ibn 'Auf, subhanAllah, hebat! dari zero dia menjadi hero, bukan sekadar harta dunia, malah akhirat, beliau turut cemerlang. soalnya, bolehkah kalian menjadi sepertinya? kalau mahu kumpul harta, silakan. tapi ingat, paksinya, tunjangnya, akarnya, adalah ALLAH SWT, tiada lainnya. mengumpul dengan cara dan jalan yang baik, bersih, suci dan halal. bukan penipuan, riba, kezaliman, haram! selepas itu, jangan lupa zakat. bahawa sesungguhnya dalam harta kita itu ada bahagian yang menjadi hak kepada mereka yang memerlukan, maka bersihkannya! ini tidak, sibuk kumpul harta, menggunung-ganang, tapi kedekut, taik hidung masin, bakhil, dan seumpamanya, mana hendak dicari kebahagiaan? mana hendak dicari ketenangan? sedangkan kita tiada usaha ke arah itu.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bukannya orang yang kuat yang terpuji menurut syara' itu orang yang menang dalam perkelahian, tetapi yang dinamakan orang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu marah."
hadith atas menjelaskan seterangnya bahawa marah bukan satu solusi yang baik. hari ini kita dengan mudah menengking dan memarahi orang lain, kadang-kadang tanpa sebab yang munasabah. astaghfirullah, waraskan minda, guna akal. adili dengan baik, bahawa sesungguhnya marah itu tidak lain melainkan membawa bahana kepada diri sendiri. orang akan marah atau benci dengan kita, sedang kita pula bisa mengundang penyakit kepada diri sendiri. orang yang selalu marah akan dicela oleh orang lain, apakah doa mereka agaknya kepada orang seperti ini? apakah akan aman hidupnya andai kecelakaan sahaja yang menimpa? akan aman in sya Allah, kalau dirinya beriman, kalau tidak? bercakaplah dengan baik, tegurlah dengan hemah. usah ditengking-tengking. andai semalam kita melakukan kesilapan ini, maka hari ini kita perbetulkannya, usah ulangi lagi kesilapan itu. sungguh orang yang waras akalnya, akan waras juga cakapnya, in sya Allah.

hari ini seringkali kita melihat orang-orang dijatuhkan dalam politik, dan sebagainya. tidak lain, kerana hasutan, dengki dan iri, juga takut, menyebabkan kita mudah menzalimi orang lain. demi menjamin kedudukan kita, demi menjamin status kita, apa sahaja akan dilakukan. masih ingatkan ketika serangan tentera monggol ke atas Baghdad yang mengorbankan puluhan ribu nyawa? kerana apa? ia berlaku kerana hasutan daripada seorang yang diberikan amanah dan kepercayaan oleh sultan untuk mentadbir daerah kerana bencinya dia kepada sunni. begitu sekali kerana dengki dan bencinya dia sehingga menghasut seseorang dari luar untuk membunuh saudara seaqidahnya sendiri. hari ini kita lihat berapa ramai yang bersekongkol dengan barat dan Israel demi menyelamatkan diri sendiri, dan mengorbankan orang lain dari agama sendiri? usah pergi jauh, dalam negara sendiri pun sudah jelas. saling menindas kerana tidak puas hati, menghasut dan kemudian mencari jalan untuk memusnahkan orang tersebut, kariernya dan hidupnya. begitu sekali dahsyatnya manusia.

sungguh, kita kian hampir kepada kiamat. sudah terang tanda-tandanya. entah apa lagi yang ditunggu. entah apa lagi yang dilihat. tidak mahu belajarkah? tidak mahu pulang kah kembali kepada iman nan hakiki? ingat, di hari yang tiada siapa akan dikecualikan, pintu taubat telah ditutup serapat-rapatnya. menangis air mata darah sekalipun, taubat itu telah cukup tempohnya.wassalam~

(
sebenarnya copy dari orangnya blog..:thetalkingpen.blogspot.com)