KETIBAAN TETAMU
11:43 PM | Author: budakselangor~
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana telah membenarkan ana kembali meng-update blog tersayang ini..Setinggi-tinggi kesyukuran juga kerana Allah telah memberi 2 kenikmatan yang mungkin tiada di dalam jiwa seseorang..iaitu IMAN dan ISLAM....

Insyaallah post kali ini berkisar tentang tetamu yang dihantar oleh Allah untuk hambanya yang memahami dan menikmati dengan kedatangan tetamu itu...... tetamu itu ialah RAMADHAN....yang mana bulan inilah Allah telah memberi berbagai fadhilat dan kenikmatan untuk hambanya...tapi adakah kita hanya mahu mengumpul hari-hari yang kosong ketika ramadhan berlalu...di samping berbagai kelebihan yang Allah telah kurniakan seperti:

  1. pahala SUNAT ganjarannya seperti pahala FARDHU
  2. syaitan DIGARI dah pintu neraka DITUTUP serapat-rapatnya
  3. pintu syurgaDIBUKA
sebenarnya banyak lagi yang antum semua boleh cari...seperti yang telah dinyatakan diatas...itulah kenikmatan dan kelebihan yang telah dikurniakan di dalam bulan mulia ini....adakah kita hendak berada di dalam golongan seperti di dalam hadis

'
berapa ramai orang yang berpuasa tetapi
hanya mendapat lapar dan dahaga'


Adakah kita hanya
membiarkan ia berlalu dan beredar begitu sahaja...??jika dikaji dengan teliti...sebenarnya ramadhan ni Allah telah kurniakan satu bulan khas untuk hambanya untuk berubah...kenapa para sahabat sangat merindui bulan ini dan menangis apabila ia pergi..??kerana ketika bulan inilah tiadanya syaitan yang sentiasa menghasut...di bulan inilah kita boleh mengenal diri kita yang sebenar...
yang tinggal hanyalah diri kita sendiri....tercetusnya nafsu pun sebenarnya dari diri kita sendiri....so..di bulan ramadhan inilah kita dapat mengetahui yang mana kesalahan yang betul-betul lahir dari diri sendiri...

Fikirkan dan renungkanlah...kita ingin biarkan bulan ini berlalu begitu sahaja...??tanpa membawa faedah dan perubahan pada diri kita sendiri..?? hhmmm....semoga ramadhan pada kali ini lebih baik dari yang lepas...Rasulullah pernah bersabda..

'
Wahai Aisyah,hendaklah kamu ketuk pintu
syurga dengan berlapar'
wassalam~

(
alhamdulillah post telah selesai ditulis...alangkah baiknya jika antum berkongsi pendapat & kutukan untuk post ini..)


AKHLAK
5:43 PM | Author: budakselangor~
Salam alayk ya ikhwati...alhamdulillah dipanjatkan kepada yang maha Esa kerana membenarkan ana menghirup udara yang masih manis terasa tanpa meminta balasan...

Insyaallah ana akan mengkongsikan sebuah realiti dan keadaan sebenar orang melayu yang masih memegang dan memiliki cip islam yang pada lafaznya mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah...tetapi kenapa secara zahirnya mereka(ana x dikecualikan)melakukan sesuatu perkara seperti tiada Tuhan yang melihat..seperti tiada yang maha Melihat....



di sini kita sama-sama dapat lihat yang kita bukanlah orang belanda,bukanlah orang jepun,tp secara hakikatnya memanglah seorang yang berbangsa MELAYU yang rasanya seorang yang masih memegang cip ISLAM....adakah ini sifatnya manusia yang pernah mengucapkan 2 kalimah syahadah..??yang pernah mengucapkan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH..?? hhhmmm.......marilah kita sama koreksi dan lihatlah diri kita ini...mungkin disebabkan serangan-serangan pemikiran yahudi yang sudah lama bertapak di malaysia...ana tidak sekali kali mengecualikan diri ana..ana mengaku ana pon sedikit sebanyak larut dalam unsur-unsur dari tarbiyah yahudi...tetapi adakah kita sekadar MENGIKUT atau MENCEGAH pemikiran-pemikiran yang telah dibawa oleh yahudi...

ana ingin menekankan tentang tajuk ini ialah akhlak...kerana bukan hanya mereka yang tidak ikut tarbiyah betul2 je yang kurang berakhlak...tetapi terdapat juga mereka yang semangat2 commit,tapi sampai akhlak...hancur...di antara pemikiran-pemikiran yang ingin di bawa ialah..
  1. meruntuhkan akhlak
  2. menghancurkan pemikiran islam
  3. menghancurkan peribadi islam
  4. memurtadkan orang islam
mereka(yahudi)telah merancang dengan teliti dan di atas kita dapat lihat turutan-turutan serangan yahudi..

sama-samalah kita fikir -fikir dan sedar dari keadaan umat sekarang....wassalam~

(
post dah habis tulis...lakukan tugas antum utk turut memberi pandangan tentang post ini)



sebuah perkongsian
10:06 PM | Author: budakselangor~
Salam alayk kepada semua ikhwah yang membaca blog ini...setelah lama ana meninggalkan blog ini sehinggakan bersarang....terdapat sebuah perkongsian yang ingin sekali ana kongsikan...

Dr. Yusuf Al-Qardhawi telah menambah sebanyak 3 rukun islam iaitu:-
  1. amar makruf
  2. nahi mungkar
  3. jihad fi sabilillah
apabila dikatakan tentang rukun islam,bermakna setiap mereka yang berjiwa muslim wajib melaksanakan kesemua rukun-rukun yang telah ditetapkan...

Apa yang dapat disimpulkan ialah,pada zaman sekarang ni,seorang daie sangat diperlukan..untuk menjadi seorang daie,hendaklah menjga kesemua aspek iaitu ibadah,kebersihan dan yang paling penting sekali akhlak...jika diimbas kisah sirah dahulu..baginda sangat menjaga peribadi beliau..lagi-lagi akhlak...berikutan hadis "innamaa bu'istu liutammima makarimal akhlak"... kita dapat lihat bahawa baginda menjaga akhlak baginda sehinggakan ada orang kafir yang terpesona dengan keindahan akhlak baginda....bagi mereka yang sudah bersedia untuk menggelarkan diri mereka sebagai seorang daie,ada satu kata-kata yang ingin ana kongsikan...kadangkala satu perbuatan kesannya sama dengan seribu perkataan....fikirkanlah kata-kata ini....wassalam~

(p/s:jangan lupa untuk menunaikan tugas untuk mengkongsikan pandangan tentang post ini....)