Nasihat Kudama'
8:05 PM | Author: budakselangor~
Hmm...Bismillahhir Rahmannir Rahim..itu lah sebaik-baik permulaan dalam melakukan apa-apa perkara..

Ehem..sebenarnya sudah lama saya ingin post baru..tetapi belum mendapat ilham untuk berkongsi tentang apa..bak kata orang..belum sampai seru..dan Alhamdulillah..pagi ini terdetik untuk saya berkongsi tentang beberapa nasihat yang telah diberikan oleh seseorang yang suka memerhati dan menilai..


Go to fullsize image(hanya sebagai lampiran semata)

Semalam..saya dan abang saya bercadang untuk menziarahi rumah saudara di Bandar Baru Selayang..tepat jam 6.30 ptg..kami bertolak keluar dari perkarangan rumah..abang saya ini merupakan seorang yang agak suka bercakap..jadi dari situ saya dapat menyimpulkan beberapa nasihat yang mungkin membantu dalam kehidupan saya mahupun sesiapa sahaja..Antara perkara yang dibincangkan ialah :-

'Kau kena belajar betul-betul Arif..supaya senang hidup kau nanti..tak susahkan hidup kau dan tak susahkan hidup orang lain..kau kena belajar tanamkan dalam diri kau 'biar kita dapat gaji rm10 hasil usaha sendiri,jangan kau dapat duit rm100 sebab orang kasi'...jangan sampai dah besar nanti..kau hidup bawah tanggungan orang..kalau abang..abang puas kalau abang dapat hidup dengan hasil duit abang..walaupun ada orang lain lebih kaya dari abang..tapi dia makan duit orang..buat pe..bila kau dah berjaya baru kau rasa kepuasan tahap dewa uh..huh..memang puas gile time uh..kau kena ingat tu betol-betol..'

'Orang Melayu nih..semua nak beralah..dalam tu nak beralah..dalam ni nak beralah..cuba kita tengok orang Cina..abang dah gaul dengan culture bangsa lain..abang tau benda tuh..attitude orang Cina nih..tak nak kalah..memang tak nak kalah..nak menang..memang lah ada keburukan di sebalik tu..tapi cuba pandang dari sudut positif..sebab tuh bisnes orang Cina maju..kalau orang Melayu..'takpe lah..takpe lah..'..cuba kita tengok Tun Dr Mahathir..dalam pemikiran dia..nak majukan Malaysia..nak majukan orang Melayu..dia boleh je nak pikir pasal kaya..tapi dia tau..dia anak Melayu..tengok dia sekarang..da letak jawatan tapi apa jawatan dia sekarang.?..jadi 2 penasihat..penasihat Petronas dengan penasihat Proton..mentaliti dia.. nak bangunkan Malaysia..macam mana pemikiran dia boleh bayang macam mana Malaysia time tahun 2020..he thinks out of da box..orang sekarang..kau ingat tu Arif..sekarang nih kau dah kena ada untuk planning akan datang..ni untuk supaya kau senang Arif..'

'Lagi satu kau kena ingat Arif..pasal mak abah..kau kena ingat tuh..sampai satu masa kau kena balas balik apa yang mak dengan abah dah kasi sekarang..jangan sampai disebabkan kau dah ada tanggungjawab keluarga..kau lupakan mak abah..tak kesah lah time tuh kau macam mana pun..kau kena ingat mak abah..sebab orang tua nih..dia akan jadi macam budak kecik..mintak duit..tau nak mintak je..kita pun akan jadi macam tuh..kita dulu kecik-kecik macam tuh..sebenarnya diorang bukan nak sangat pun..diorang juz nak rasa ada tak diri diorang tuh dalam kepala kita..walaupun kita da ada keluarga..diorang nak rasa dihargai..tu yang semua orang nak..nanti-nanti..kau pun akan lalui zaman mcm tuh..kau nak anak-anak kau berjaya..ingat kat kau..kalau nak macam tuh..kita buat dulu kat mak abah..abang rasa puas bila tanggungjawab abang dengan mak abah dah selesai..kita tak boleh nak salahkan diorang..kita kadang-kadang rasa yang kita nih betul..diorang salah..tapi ingat..diorang ada hak ke atas diri kita..diorang yang jaga kita..kalau kau berjaya..siapa yang tanggung kau.. kau ingat betul-betul..'

Mungkin itu sahaja yang dapat saya kongsikan..moga sedikit sebanyak dapat membantu dan buat kita renung balik..sebenarnya banyak lagi..tapi..cukup lah tuh sebagai perkongsian ringkas..

Jazakallahu khairan kathira.
.Go to fullsize image

(p/s : maaf jika ada yang tersinggung..hanya sebagai contoh terdekat..yang baik kita ambil dan simpan baik-baik serta amalkan..yang buruk kita buang jauh-jauh tetapi jangan lupakan sebab ia berguna sebagai pengajaran..)