VALUE ADDED
4:32 PM | Author: budakselangor~
Syukur dan syukur
Pagi ini rahmat-Nya dikurniakan buat seluruh makhluk
Walaupun Dia sedari hanya sedikit hamba yang bersyukur
Segala puji bagi Allah

********************

Berikutan kaitan terhadap tajuk..saya ingin mengkongsikan sedikit sebanyak tentang 'value added' berdasarkan pengalaman melihat dunia luar..

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing..tetapi tidak semua mempunyai 'nilai' yang betul-betul bermanfaat oleh masyarakat sekeliling..dan sebenarnya 'nilai' itulah yang membantu dalam semua perkara..tidak guna hanya seorang itu mempunyai kepandaian dari segi teori..tapi dia sangat lemah dari segi praktikal..dari situ kita nampak bahawa tidak guna jika kita ingin mengambil seorang pekerja seperti itu..sebagai contoh..ada seorang akauntan..dalam firma perakaunan ada beberapa peringkat untuk menunjukkan tahap seorang akauntan..sepatut nya si A ini perlu naik ke satu peringkat..tetapi di sebabkan dia mempunyai sesuatu 'nilai' yang orang lain tidak memilikinya..si A itu terus dinaikkan sebanyak 2 peringkat..nilai yang ingin saya ketengahkan ialah sesuatu sikap atau attitude yang tidak semua orang miliki..hanya terdapat dalam diri seseorang sahaja..dan disebabkan nilai itulah seseorang itu boleh pergi lebih jauh..seseorang boleh pergi jauh dengan nilai yang ada..dan janganlah kita terlalu mencari keburukan terhadap seseorang itu..boleh jadi dia lebih baik berbanding kita..

Go to fullsize image

Dunia sekarang semakin banyak saingan..jadi kita perlu mempunyai satu nilai yang boleh melonjakkan diri kita ke arah lebih jauh dan terkedepan..supaya kita sentiasa kekal yang terbaik..kita perlu mencari satu nilai yang tidak terdapat dalam diri orang lain..satu nilai yang betul-betul bermanfaat untuk sekeliling..yang membuatkan sekeliling menerima kita..

Saya rasa cukup sekadar itu..segala keburukan datang dari di saya sendiri dan yang baik hanya dari yang Maha Esa..

wassalam~

(sebarang peng-komen-an amat diharap-harapkan..harapnya komen dengan penuh hikmah..
sekian..)
17 Feb 2010
8:58 PM | Author: budakselangor~
Alhamdulillah dan selama-lamanya kita meninggikan kesyukuran ke atas Sang Pencipta kerana masih membenarkan hamba-hambaNya kembali menghirup nikmat udara secara percuma..

Buat pertama kalinya untuk tahun 2010..saya menulis post yang baru setelah lama meninggalkan dunia blogging..agak lama jika bagi mereka yang senantiasa menanti perkembangan daripada blog ini..harap maaf..

InsyaAllah..pada kali ini saya akan kembali meng-aktifkan kembali blog 'tersayang' ini dengan pelbagai perkongsian yang ingin dikongsikan untuk anda..dan saya harap anda juga turut dapat membantu saya dalam menjayakan dan memperbaharui blog ini kerana saya bukanlah seorang yang hebat dalam bidang penulisan..

InsyaAllah..