Di kala hati ini sedih
kerana menginginkan dan mengharapkan sesuatu
hanya Kau yang mampu mengubati hati ku
Kau sentiasa membantu aku
Tetapi aku sering melupakan kehadiran Kau
di sisi ku walaupun aku mengetahuinya
Kau menghulurkan pertolongan
Walaupun diriku ini dalam keadaan kesusahan
mahupun kesenangan
Aku memang sombong
Di kala aku dilanda kesusahan
Ketika itulah aku merujuk Kau
Ketika itulah aku menyedari kehadiran Kau
Walaupun Kau menyedari akan kelemahan ku
Kau tetap setia membantu ku
Jika mahu dibandingkan aku dengan Kau
Kau jauh lebih hebat daripadaku
Kau mampu memberi Musa kelebihan
membelah laut dengan hanya menggunakan tongkat
Kau mampu membantu Muhammad dengan
keindahan al-qur'an
Tetapi aku tetap sombong
Aku sering melupakan Kau yang telah banyak membantu ku
Aku sering menyalahkan Kau jika terjadinya sesuatu
yang aku tidak mahu ia berlaku
Aku memang sombong
Aku sering leka dengan dunia yang Kau ciptakan
Sehinggakan ia boleh menjauhkan aku dengan Kau
Kaulah penciptaku
Kaulah pencipta sekelian makhluk
Kaulah pencipta seluruh alam
Tetapi aku selalu melupakan Kau
Kau ampunilah dosa-dosaku
Kau jadikanlah aku ini seorang hamba yang
sering mendekatkan diri kepada Kau
Kau peliharalah aku sepertimana Kau
memelihara kekasih Kau dari ancaman musuh
terutama syaitan
Ya Allah....
Diri ini milikmu ya Allah
Kau memiliki hati ini...
1 comments:
sO berharap sahaja tak cukup ,
kene berusaha ...
Jiddiyah lebih!!!
dan jgn ikhtilat ~~
berharapa sahaja ?? mane boleh !