hanya Kau
11:21 PM | Author: budakselangor~
Di kala hati ini sedih
kerana menginginkan dan mengharapkan sesuatu
hanya Kau yang mampu mengubati hati ku

Kau sentiasa membantu aku
Tetapi aku sering melupakan kehadiran Kau 
di sisi ku walaupun aku mengetahuinya
Kau menghulurkan pertolongan
Walaupun diriku ini dalam keadaan kesusahan 
mahupun kesenangan

Aku memang sombong
Di kala aku dilanda kesusahan
Ketika itulah aku merujuk Kau
Ketika itulah aku menyedari kehadiran Kau
Walaupun Kau menyedari akan kelemahan ku
Kau tetap setia membantu ku

Jika mahu dibandingkan aku dengan Kau
Kau jauh lebih hebat daripadaku
Kau mampu memberi Musa kelebihan
membelah laut dengan hanya menggunakan tongkat
Kau mampu membantu Muhammad dengan 
keindahan al-qur'an
Tetapi aku tetap sombong
Aku sering melupakan Kau yang telah banyak membantu ku
Aku sering menyalahkan Kau jika terjadinya sesuatu 
yang aku tidak mahu ia berlaku

Aku memang sombong
Aku sering leka dengan dunia yang Kau ciptakan
Sehinggakan ia boleh menjauhkan aku dengan Kau

Kaulah penciptaku
Kaulah pencipta sekelian makhluk
Kaulah pencipta seluruh alam
Tetapi aku selalu melupakan Kau

Kau ampunilah dosa-dosaku
Kau jadikanlah aku ini seorang hamba yang 
sering mendekatkan diri kepada Kau
Kau peliharalah aku sepertimana Kau
memelihara kekasih Kau dari ancaman musuh
terutama syaitan
Ya Allah....
Diri ini milikmu ya Allah
Kau memiliki hati ini...

nasi lemak
6:41 PM | Author: budakselangor~

Alhamdulillah rasa enak di perut apabila sudah selesai menjamah sarapan pada pagi itu...hari itu ana bersarapan di luar bersama kawan...masa tu..poket penuh sikit..boleh laa makan banyak sikit...hehe...pagi itu..ana makan nasi lemak lauk ayam+telur dan minum air teh tarik...ada laa dalam rm4.50 habis...nasi lemak memang menjadi makanan yg disukai ramai...

                                           

Majoriti rakyat Malaysia cukup meminati nasi lemak...walaupun mereka barangkali sudah menyedari bahawa nasi lemak ni banyak kolesterol..nanti boleh cepat gemuk...tetapi disebabkan nafsu yang sering menghias pandangan manusia...mereka tetap menikmatinya..

Di sini ana bukan nak cerita tentang nasi lemak...terdapat satu perkaitan di antara nasi lemak dan manusia..

Nasi lemak boleh dikaitkan dengan dosa...seperti yang KITA SEMUA lihat..perbuatan dosa berleluasa...ana tidak mengecualikan diri ana...setiap orang pasti melakukan dosa tanpa disedari..tetapi...kadang-kadang manusia sudah mengetahui dan menyedari bahawa sesuatu itu adalah dosa...tetapi disebabkan nafsu yang sering menghias dosa  tersebut..manusia tetap melakukannya...dosa merupakan penghalang paling besar daripada kita mendekatkan diri kita kepada Allah...apatah lagi untuk membantu seseorang dalam perjalanan tarbiyah...sejauh mana kita berusaha untuk mencegahnya dan menghalangnya...ia terpulang kepada kita...dosa ada banyak..memang kita tidak dapat menjauhi daripada dosa kerana dosa ada yang kecil dan ada yang besar...

Tetapi setiap dosa pasti ada pengampunan..kerana Allah itu Maha Pengampun...pengampunan Allah melebihi murkaNya...Allah amat menyukai hamba-hamba yang sering meminta ampun kepadaNya...insyaallah dengan usaha kita mendekatkan diri kita kepada Allah...lebih banyak kita mendekatkan diri kita kepada Allah...lebih dekat Allah dengan kita..

:Allah berfirman :

Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.

Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.

Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.

Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tgh khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.

Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.

Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

Hadith Qudsi (hadith yang dilafazkan oleh nabi tetapi mengandungi firman Allah) riwayat al-Bukhari


Insyaallah...segala yang baik datang daripadaNya..segala yang buruk semestinya datang daripada di ana sendiri...Wallahu 'alam..

Wassalam


(segala pertanyaan atau segala perasaan tidak puas hati..boleh kemukakan...)