VALUE ADDED
4:32 PM | Author: budakselangor~
Syukur dan syukur
Pagi ini rahmat-Nya dikurniakan buat seluruh makhluk
Walaupun Dia sedari hanya sedikit hamba yang bersyukur
Segala puji bagi Allah

********************

Berikutan kaitan terhadap tajuk..saya ingin mengkongsikan sedikit sebanyak tentang 'value added' berdasarkan pengalaman melihat dunia luar..

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing..tetapi tidak semua mempunyai 'nilai' yang betul-betul bermanfaat oleh masyarakat sekeliling..dan sebenarnya 'nilai' itulah yang membantu dalam semua perkara..tidak guna hanya seorang itu mempunyai kepandaian dari segi teori..tapi dia sangat lemah dari segi praktikal..dari situ kita nampak bahawa tidak guna jika kita ingin mengambil seorang pekerja seperti itu..sebagai contoh..ada seorang akauntan..dalam firma perakaunan ada beberapa peringkat untuk menunjukkan tahap seorang akauntan..sepatut nya si A ini perlu naik ke satu peringkat..tetapi di sebabkan dia mempunyai sesuatu 'nilai' yang orang lain tidak memilikinya..si A itu terus dinaikkan sebanyak 2 peringkat..nilai yang ingin saya ketengahkan ialah sesuatu sikap atau attitude yang tidak semua orang miliki..hanya terdapat dalam diri seseorang sahaja..dan disebabkan nilai itulah seseorang itu boleh pergi lebih jauh..seseorang boleh pergi jauh dengan nilai yang ada..dan janganlah kita terlalu mencari keburukan terhadap seseorang itu..boleh jadi dia lebih baik berbanding kita..

Go to fullsize image

Dunia sekarang semakin banyak saingan..jadi kita perlu mempunyai satu nilai yang boleh melonjakkan diri kita ke arah lebih jauh dan terkedepan..supaya kita sentiasa kekal yang terbaik..kita perlu mencari satu nilai yang tidak terdapat dalam diri orang lain..satu nilai yang betul-betul bermanfaat untuk sekeliling..yang membuatkan sekeliling menerima kita..

Saya rasa cukup sekadar itu..segala keburukan datang dari di saya sendiri dan yang baik hanya dari yang Maha Esa..

wassalam~

(sebarang peng-komen-an amat diharap-harapkan..harapnya komen dengan penuh hikmah..
sekian..)
This entry was posted on 4:32 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

On April 10, 2010 at 3:02 AM , Hikmat Esa said...
This comment has been removed by the author.
 
On April 10, 2010 at 3:16 AM , Hikmat Esa said...

tu lah, ada pepatah orang tua-tua, "kalau kamu bukan penambah di bumi ini, jadilah kamu tambahan di atasnya." kemaskan sikit format penulisan, baru sedap baca.

 
On April 16, 2010 at 4:56 AM , muslimboyzz said...

syukran di atas komentar..
insyAllah..akn cuba pertingkatkan lagi..