Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita- cita menjadi solehah…
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya..
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh… amin.
Untuk isteri.. renungkanlah…
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W
Tidaklah setaqwa Ibrahim Alaihissalam..
Pun tidak setabah Ayyub atau pun
Segagah Musa apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
cita cita membangun keturunan yang soleh…
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah… amin…
Justeru itu wahai para suami dan isteri
Jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
andai diri tidak semulia Rasulullah
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof
seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis
andai diri tidak sehebat Sulaiman dan
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah
Syukur dan syukur
Pagi ini rahmat-Nya dikurniakan buat seluruh makhluk
Walaupun Dia sedari hanya sedikit hamba yang bersyukur
Segala puji bagi Allah
********************
Berikutan kaitan terhadap tajuk..saya ingin mengkongsikan sedikit sebanyak tentang 'value added' berdasarkan pengalaman melihat dunia luar..
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing..tetapi tidak semua mempunyai 'nilai' yang betul-betul bermanfaat oleh masyarakat sekeliling..dan sebenarnya 'nilai' itulah yang membantu dalam semua perkara..tidak guna hanya seorang itu mempunyai kepandaian dari segi teori..tapi dia sangat lemah dari segi praktikal..dari situ kita nampak bahawa tidak guna jika kita ingin mengambil seorang pekerja seperti itu..sebagai contoh..ada seorang akauntan..dalam firma perakaunan ada beberapa peringkat untuk menunjukkan tahap seorang akauntan..sepatut nya si A ini perlu naik ke satu peringkat..tetapi di sebabkan dia mempunyai sesuatu 'nilai' yang orang lain tidak memilikinya..si A itu terus dinaikkan sebanyak 2 peringkat..nilai yang ingin saya ketengahkan ialah sesuatu sikap atau attitude yang tidak semua orang miliki..hanya terdapat dalam diri seseorang sahaja..dan disebabkan nilai itulah seseorang itu boleh pergi lebih jauh..seseorang boleh pergi jauh dengan nilai yang ada..dan janganlah kita terlalu mencari keburukan terhadap seseorang itu..boleh jadi dia lebih baik berbanding kita..




Dunia sekarang semakin banyak saingan..jadi kita perlu mempunyai satu nilai yang boleh melonjakkan diri kita ke arah lebih jauh dan terkedepan..supaya kita sentiasa kekal yang terbaik..kita perlu mencari satu nilai yang tidak terdapat dalam diri orang lain..satu nilai yang betul-betul bermanfaat untuk sekeliling..yang membuatkan sekeliling menerima kita..
Saya rasa cukup sekadar itu..segala keburukan datang dari di saya sendiri dan yang baik hanya dari yang Maha Esa..
wassalam~
(sebarang peng-komen-an amat diharap-harapkan..harapnya komen dengan penuh hikmah..
sekian..)
Alhamdulillah dan selama-lamanya kita meninggikan kesyukuran ke atas Sang Pencipta kerana masih membenarkan hamba-hambaNya kembali menghirup nikmat udara secara percuma..
Buat pertama kalinya untuk tahun 2010..saya menulis post yang baru setelah lama meninggalkan dunia
blogging..agak lama jika bagi mereka yang senantiasa menanti perkembangan daripada blog ini..harap maaf..
InsyaAllah..pada kali ini saya akan kembali meng-aktifkan kembali blog 'tersayang' ini dengan pelbagai perkongsian yang ingin dikongsikan untuk anda..dan saya harap anda juga turut dapat membantu saya dalam menjayakan dan memperbaharui blog ini kerana saya bukanlah seorang yang hebat dalam bidang penulisan..
InsyaAllah..
|
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lahi Maha Penyayang...
Harap diberkati blog yang sudah sekian lama tidak di-update..apatah lagi susah untuk diamalkan...buat pertama-tamanya dan selama-lamanya..kita sama-sama tinggikan setinggi-tingginya kesyukuran buat sang Pencipta yang telah mengurniakan segala hikmat dan nikmat untuk hambanya...dan yang paling utama..nikmat Iman dan Islam...
Di atas kehendak para pembaca..akhirnya saya kembali menulis dan insyaAllah aktif dalam dunia penulisan blog..harap segala kesalahan dapat dimaafkan..
Insyaallah...
|
testing...
test...test...ehem2..
Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah didahulukan buat sang Pencipta yang mengizinkan segala percaturan hidup ini berlalu dengan lancar...memandangkan blog ini makin bersawang..saya berasa terpanggil untuk meng-update blog ini...bagi membersihkan kembali blog ini kembali terpelihara..
Bagi pelajar Hira'..2 minggu yang lepas,mereka telah menjalani satu tempoh peperiksaan penggal pertama..pelbagai reaksi yang dapat dilihat semasa tempoh yang sekejap..ada yang sibuk membuat persediaan untuk masuk dewan..ada yang hanya 'cool' menghadapi peperiksaan..ada yang sanggup tension-tension belajar..macam-macam..masing-masing mempunyai 'style' tersendiri untuk berjaya..
Apa yang saya nak kaitkan di sini...dewan peperiksaan umpama alam mahsyar..persediaan sebelum masuk periksa ibarat persediaan kita sebelum menghadapi mati...
Apa yang kita dapat lihat..pelbagai ragam manusia sebelum menghadapi peperiksaan dunia.. begitu juga pelbagai ragam manusia sebelum menghadapi 'peperiksaan' akhirat..tetapi adakah cukup persediaan kita sebelum memasuki 'dewan peperiksaan' sebenar...adakah cukup sekadar menjalani hari-hari seperti biasa..
Renungkan..fikirkan..dan sedarlah...
wassalam..
hhhmmmm....hari ni..ntah laa...bila jenguk-jenguk blog org lain..rasenye tetibe nak update..hehe
Insyaallah kali ini saya akan buat lebih santai..tak perlu stress2 lagi..
Insyaallah...
Isnin,13 Apr 09
Semalam berlalunya hari ihtifal di sekolah..hari penganugerahan kepada semua pelajar yang telah cemerlang dalam pelajaran..memang keseronokan tergambar dari wajah pelajar yang berjaya.. rasa lain macam pun terlahir dalam hati ini..tak pe..
Insyaallah,saya akan menjejakkan kaki di atas pentas pada tahun depan..sama-sama kita nantikan..
Ya Allah permudahkanlah segala urusanku..
Iman
1:21 AM
| Author:
budakselangor~
Assalamualaikum w.b.t...kepada semua pembaca yang masih setia dan tidak jemu untuk membuka blog ini..ana dahulukan dengan seribu kemaafan kerana barangkali agak lama ana tidak meng-update blog ni...
Alhamdulillah..dengan kesempatan ini ana ingin mengkongsikan satu kisah yang betul-betul menarik perhatian ana...insyaallah ana akan kongsikan bersama...sebenarnya kisah ni,sebuah kisah dongeng,tapi banyak benda yang boleh kita dapat...
Kisah bermula dengan...
Ada sebuah kapal yang sedang berlayar di satu lautan..tiba-tiba,dengan takdir Allah,kapal tersebut karam akibat daripada badai yang melanda lautan tersebut..tapi terdapat 2 orang yang selamat dan mereka tersadai di satu pantai yang kosong..tiada sumber makanan,pakaian, malahan penginapan...(ana kategorikan si A dan si B)...mereka membuat satu keputusan supaya dipecahkan wilayah A dan wilayah B..si A tinggal di wilayah A dan si B tinggal di wilayah B..mereka mahu melihat barangkali doa siapa yang dimakbulkan Allah...
Hari demi hari berlalu..si A pun berdoa supaya diberikan makanan memandangkan tempat itu kosong...dengan berkat doa,Allah memberikan makanan...dalam beberapa hari,si A cuba menjenguk sahabat B..si B tetap dengan keadaan asal..tanpa makanan,ataupun apa-apa...
Masuk minggu yang ke-3...si A berhasrat untuk berdoa supaya dikurniakan pakaian..segala puji bagi Allah..doa si A dimakbulkan...si A melihat kedaan si B..tetapi,si B tetap dengan keadaan asal,masih sedia kala...
Sudah genap sebulan,si A berdoa supaya didirikan sebuah rumah supaya bisa si A berehat dan tidur...denag rahmat yang Allah turunkan,terdirinya sebuah rumah bagi memenuhi keinginan si A tadi...kemudian,terdetik di hati si A untuk melihat keadaan si B...apa yahng dilihat,keadaan si B tetap sama..tanpa ada perubahan...
Minggu berganti minggu...terdetik di hati si A,menginginkan seorang teman hidup...dengan keizinan tuhan..terdampar seorang perempuan di wilayah A...maka diijabkabulkan antara dua insan tersebut... tetapi keadaan si B masih seperti dahulu...
Selepas puas si A menikmati kehidupan di pantai tersebut..si A cuba berdoa supaya dikurniakan sebuah kapal untuk pulang ke rumah...keesokan paginya..terlihat oleh si A sebuah kapal bagi memenuhi hasrat si A...sebelum si A bertolak..dia terfikir..'perlu ke aku mengajak si B naik dan balik sekali..?tapi..keadaan dia sama je macam dulu..maksudnya doa dia tidak dimakbulkan.. Allah mesti tak menerima dia...'Lantas si A meninggalkan sahabat B nya dengan meneruskan pelayaran pulang ke tanah air...
Tiba-tiba dengan takdir Allah terdapat satu suara daripada langit menegur tindakan si A..suara itu tegas menegurnya..'kenapa kau tinggalkan kawan kau?'..si A menjawab..'aku tinggalkan dia sebab dia masih dengan keadaan asal..tanpa perubahan..kiranya,doa dia tidak dimakbulkan Allah..Allah telah menepikan dia..buat apa aku mahu membantu seorang yang telah diketepikan oleh Allah..?'...suara itu membalas..'ketahuilah bahawa sahabat kau sentiasa berdoa supaya doa kau dimakbulkan..tiada doa lain yang diminta..'
Sampai di situ cerita tersebut..
Kesimpulan yang dapat ana dapat buat daripada kisah ini...segala kenikmatan yang telah kita sama-sama kecapi sama ada pakaian,makanan..malahan IMAN dan ISLAM...kesemua itu hasil pengorbanan orang-orang terdahulu..mereka sanggup berkorban dengan darah demi kita..demi kita supaya kita merasai kenikmatan dan keindahan Iman yang merka rasai..dan tidak semua orang berjaya merasai dan betul-betul menikmati kenikmatan tersebut..Abdurrahman bin Auf sanggup membelanjakan kesemua hartanya hanya kerana kita...Sumayyah membiarkan dirinya disula bagi mempertahankan Islam supaya generasi selepasnya menikmati keindahan Iman...Rasulullah yang agung,cedera ketika berdakwah di Thaif akibat dibaling batu...darah baginda bertakung di kasut baginda hanya kerana keinginan menyampaikan Islam...
Ketahuilah,sedarlah,dan hayatilah pengorbanan generasi-generasi terdahulu...adakah kita ingin menghancurkan harapan meraka dan adakah kita mahu mensia-siakan segala titisan darah dan peluh yang mereka cucurkan buat generasi akan datang...
Sedikit perkongsian yang mungkin ana dapat kongsikan buat kita semua lebih-lebih lagi diri ana yang sering memerlukan peringatan dan teguran daripada anda semua...
Wallahu a'lam..
(sebarang ketidakpuas hatian dan pandangan mahupun perkongsian amatlah dialu-alukan daripada pihak anda semua...)